Thursday 12 July 2012


PANDUAN LATIHAN INDUSTRI (KUIM)

Pengenalan

Latihan Industri merupakan keperluan kursus bagi Fakulti Inovasi Perniagaan dan Perakaunan.  Pelajar-pelajar Diploma Perakaunan, Diploma Kewangan, Diploma Pemasaran dan Diploma Sistem Maklumat Perniagaan semester 5, diwajibkan menjalani Latihan Industri bagi memenuhi syarat-syarat dalam kursus untuk mendapatkan Diploma.

Pelajar-pelajar akan menjalani Latihan Industri selama 16 minggu bagi pelajar Diploma Perakaunan, manakala 8 minggu bagi pelajar Diploma Kewangan, Diploma Pemasaran dan Diploma Sistem Maklumat Perniagaan di organisasi sektor awam dan swasta.

Objektif

1.      Membolehkan pelajar mendapat pengalaman latihan sesuai dengan kursus.
2.      Memberikan gambaran tentang kerjaya pelajar di masa hadapan.
3.      Memberikan peluang yang lebih baik kepada pelajar bagi mendapatkan pekerjaan selepas tamat pengajian.
4.      Membolehkan pelajar melihat realiti alam pekerjaan.
5.      Membolehkan pelajar memberikan sumbangan dalam membantu organisasi mencapai kecekapan.

Garis Panduan Pemilihan Tempat Latihan Industri

Pemilihan tempat yang sesuai amat penting bagi mendapatkan manfaat sepenuhnya daripada Latihan Industri.  Jika pelajar berminat untuk menjalani Latihan Industri di agensi-agensi kerajaan, samada di peringkat persekutuan, negeri dan daerah, pelajar perlu memastikan agensi-agensi tersebut mempunyai jabatan-jabatan yang cukup besar dan jumlah kakitangan yang memadai dalam agensi tersebut.  Sementara pilihan terhadap organisasi swasta mestilah menunjukkan organisasi tersebut sudah stabil, mempunyai tugasan yang sesuai dengan kursus dan dapat memberi peluang kepada pelajar menimba pengetahuan.

Ciri kedua-dua tempat Latihan Industri samada di sektor awam atau swasta amat penting bagi memberi keyakinan bahawa organisasi tersebut mampu memberikan latihan dan pendedahan yang sesuai kepada pelatih.  Ciri-ciri organisasi yang sesuai bagi menjalani Latihan Industri adalah seperti berikut :-

§  Agensi kerajaan yang mempunyai jabatan.
§  Agensi / organisasi menjalankan fungsi selaras dengan keperluan kursus.
§  Kakitangan melebihi daripada 15 orang.
§  Agensi / organisasi yang diminati oleh pelajar untuk bekerja dengannya di masa akan datang.
§  Organisasi yang mempunyai pencapaian cemerlang.
§  Organisasi yang komited dan memberi peluang kepada pelajar untuk menimba ilmu dan pengalaman.


Kejayaan pelajar mendapatkan tempat Latihan Industri perlu disusuli dengan perhatian yang rapi terhadap tugasan yang diamanahkan oleh organisasi.  Perkara dibawah boleh membantu pelajar untuk memastikan masa mereka di organisasi dimanfaatkan sebaik mungkin.  Ini amat perlu memandangkan pelajar mungkin diletakkan di satu jabatan sahaja atau digilirkan kepada beberapa jabatan di organisasi.  Berikut adalah antara tugasan yang boleh dilakukan oleh pelajar :

BIL.
BAHAGIAN
JENIS TUGASAN

1
Perkhidmatan
§  Proses cuti
§  Proses persaraan
§  Perundangan berkaitan dengan hal ehwal pekerjaan
§  Proses tindakan tatatertib
§  Proses kenaikan pangkat.
2
Pentadbiran
§  Pentadbiran pejabat
§  Pengurusan fail
§  Proses aliran kerja
3
Kewangan
§  Merekod aliran wang
§  Proses belanjawan
§  Audit
§  Penyediaan laporan kewangan
4
Kakitangan
§  Proses pengambilan dan perlantikan kakitangan
§  Temuduga kakitangan
§  Latihan kakitangan
5
Mesyuarat
§  Urusan persiapan dan perjalanan mesyuarat
§  Menyediakan minit mesyuarat
§  Surat-menyurat panggilan mesyuarat
§  Pengendalian mesyuarat
6
Perkhidmatan Kaunter
§  Etika perkhidmatan kaunter
§  Pentadbiran kaunter
7
Pemprosesan data
§  Pentadbiran unit komputer
§  Program-program komputer
8
Pemasaran
§  Pengendalian klien
§  Pengendalian promosi
§  Pengendalian iklan
9
Unit Kaunseling
§  Pendaftaran klien
§  Pengendalian klien
§  Memberi bimbingan dan kaunseling
§  Seliaan lanjutan



BIL.
BAHAGIAN
JENIS TUGASAN

10
Kerja luar
§  Lawatan ke tempat operasi
§  Lawatan ke tapak projek
§  Penyelidikan
§  Pengurusan program-program organisasi
11
Perhubungan Awam
§  Pengendalian majlis
§  Urusan protocol
§  Urusan dengan permintaan umum/ orang awam.
12
Lain-lain yang difikirkan perlu



Tindakan Pelajar Dalam Menentukan Keberkesanan Latihan Industri

Langkah-langkah yang boleh diambil oleh pelajar bagi memastikan Latihan Industri berjalan dengan lancar dan berkesan.

§  Menjalani latihan dengan hati yang terbuka.
§  Sentiasa mematuhi arahan dari pihak majikan.
§  Sentiasa mematuhi etika dan arahan kerja.
§  Bertanya jika ada kemusykilan.
§  Menjaga tatatertib dan sopan santun dan rupa diri sebagai pelajar.
§  Menghormati orang lain.
§  Menjaga harta benda majikan dengan baik dan tidak disalahgunakan.
§  Bersedia membantu mana-mana pihak yang memerlukan pertolongan.
§  Memahami keperluan Latihan Industri dan keperluan majikan.
§  Berusaha, berdedikasi, ikhlas dan bertanggungjawab.

Umum

Pelajar yang akan menjalani Latihan Industri dikehendaki :-

1.                  Mematuhi segala peraturan Latihan Industri yang telah ditetapkan oleh Kolej.  Sekiranya didapati ada pelajar yang melanggar peraturan tersebut mereka boleh dikenakan tindakan tatatertib.  (Lampiran LI /1- Peraturan dan syarat-syarat Latihan Industri).

2.                  Memilih sendiri syarikat/firma untuk latihan industry dengan mengisi borang LI /2


3.                  Menyediakan satu buku log.  Pelajar dikehendaki membuat laporan kerja harian di dalam buku berkenaan dan disahkan oleh penyelia yang mengawasi latihan di mana mereka ditempatkan.

4.                  Menunjukkan pengesahan diri pelajar serta menyerahkan borang LI/3 Laporan Kemajuan  Latihan Industri Pelajar KUIM kepada majikan.  Majikan diminta mengisi borang tersebut dan dikembalikan terus ke Penyelaras Latihan Industri Fakulti Inovasi Perniagaan dan Perakaunan (selewat-lewatnya) satu (1) minggu selepas tamat Latihan Industri ).

Borang-borang Yang Digunakan Bagi Latihan Industri

1.         Borang Permohonan Latihan Industri (LI /1)
            Borang ini perlu diisi oleh pelajar untuk penempatan  latihan industri.

2.         Borang Maklumat Pelatih Industri (LI /2)
            Borang ini perlu diisi dan dihantar semula kepada Penyelaras Latihan Industri selewat-         lewatnya seminggu selepas melaporkan diri.

3.         Borang Laporan Kemajuan Latihan Industri Pelajar (LI / 3)
            Borang ini diberikan kepada semua pelajar yang akan menjalani Latihan Industri.  Borang ini hendaklah diserahkan kepada penyelia untuk diisi dan seterusnya penyelia akan menghantar borang ini kepada Penyelaras Latihan Industri untuk dibuat penilaian.

4.         Buku Log Latihan Industri

                        Buku ini adalah seperti catatan harian mengenai tugas semasa Latihan Industri dengan diawasi oleh penyelia.  Buku ini hendaklah diserahkan kepada Penyelaras Latihan Industri selewat-lewatnya dua minggu setelah tamat Latihan Industri untuk dinilai.  Buku ini akan diserahkan semula kepada pelajar untuk rujukan dan simpanan seterusnya.

Penulisan Buku Log

Setiap pelajar yang menjalani Latihan Industri perlu mencatatkan segala tugasan yang dilakukan di dalam buku log.  Catatan yang jelas ke dalam buku log adalah penting melibatkan 10 % daripada penilaian program Latihan Industri.  Contoh catatan buku log adalah seperti berikut :-

TARIKH
TUGASAN YANG DILAKUKAN

CATATAN
PENYELIA
5.5.2002
(pagi)

Bertugas di Bahagian Perkhidmatan

1. Merekodkan cuti pekerja di dalam Buku Rekod Perkhidmatan.
2. Merekod kenaikan gaji pekerja di dalam Buku
    Rekod Perkidmatan Kerajaan.


(petang)
1.  Berbincang dengan penyelia berkaitan proses
     tindakan tatatertib.
2.  Diarahkan membaca Perintah Am berkaitan
     tatatertib.
Tandatangan Penyelia (sekurang-kurangnya seminggu sekali).

Penutup

Garisan panduan ini diberikan kepada semua pelajar yang akan menjalani Latihan Industri supaya pelajar tahu tatacara dan borang-borang yang diperlukan dalam kursus ini.


PERATURAN DAN SYARAT-SYARAT LATIHAN INDUSTRI


1.                  Seseorang pelajar hendaklah menumpukan sepenuh masa, perhatian, tenaga dan keupayaan kepada program Latihan Industri.

2.                  Seseorang pelajar hendaklah patuh dan taat kepada Penyelia Latihan Industri atau Penyelia-penyelia (yang selepas ini dirujuk sebagai ‘Penyelia’ ) yang berkaitan dengan program latihan.

3.                  Seseorang pelajar dikehendaki hadir pada setiap masa samada waktu urusniaga atau waktu kerja biasa kecuali tidak dapat berbuat demikian disebabkan oleh sakit, kemalangan atau sebab-sebab lain yang tidak dapat dielakkan.  Walau bagaimanapun, ia mestilah memberitahu Penyelia dan Penyelaras Latihan Industri di Kolej terlebih dahulu dan memberikan keterangan bertulis sebagai bukti seperti yang mereka kehendaki.

4.                  Seseorang pelajar tidak boleh membocorkan atau memberi sebarang maklumat berhubung dengan pihak yang menyediakan kemudahan latihan atau sebarang perkara mengenai urusniaga pihak tersebut atau pelanggan-pelanggannya atau maklumat-maklumat lain yang diperolehi semasa menjalani latihan tersebut ataupun sesudahnya.

5.                  Pelajar berkenaan tidak boleh dengan sengaja merosakkan atau menyalahgunakan sebarang harta kepunyaan organisasi yang memberikannya latihan.

6.                  Seseorang pelajar yang menerima sebarang pembayaran wang dari organisasi latihan hendaklah melaporkan perkara ini kepada Ketua Penyelaras Latihan Industri.

 siap2 utk praktikal la mief...:)

2 comments:

  1. Akak ambik kos apa ? Saya nak tanya kos kewangan ni macamana ya ? Harap balas :)

    ReplyDelete
  2. Akak ambik kos apa ? Saya nak tanya kos kewangan ni macamana ya ? Harap balas :)

    ReplyDelete