Tuesday 30 October 2012

jom kita ingat balik


   Pada 21 jun 2010 adalah hari paling bersejarah bagi kita semua (yang same batch dg aku lah), bermulanya pendaftaran di Fakulti Kejururawatan ( sekarang FSSS ). Dengan sabar kita beratur dan berengot-engsot (betul ke aayat aku ne? :8) untuk mendaftarkan diri sebagai mahasiswa/i KUIM, setelah mendaftar kita disuruh pergi ke kaunter pembayaran pula. Akhir sekali kita perlu membayar yuran ahli MPM RM50 kat bahagian belakang sekali.pada masa itu Kita masing2 tidak saling kenal , tapi bagi aku sendiri pada ketika itu aku cam 2 orang iaitu syazalina (duduk sebelah mase beratur untuk pendaftaran) dan nur’ain abas ( barisan sebelah ketika hendak melakukan pembayaran). Masih ingat dengan jelas pada masa itu Ain memakai baju kurung bewarna biru langit (heheh) dan mereka rupenya sekelas dengan aku.

  Setelah selesai segala urusan pendaftaran kita disuruh untuk mendaftar untuk penempatan pula ke Tun Teja atau Tun Fatimah. kemudian Pada petang itu kita semua berkumpul di auditorium Pujangga. Disebabkan terlalu ramai terpaksa ada yang duduk di tangga atau lantai (aku salah seorang yang kene dok atas lantai 2). Kemudian kita dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang dibimbing oleh seorang fasilitator. Bermula dari petang isnin 21/6/10 hingga petang khamis 24/6/10 kita menjalani Minggu Haluan Siswa (MHS) yang diakhiri dengan sesi bergambar dengan ahli kumpulan serta fesi masing2.

  Pada pagi hari Jumaat 25/6/10 kita semua menjalani ujian bahasa arab dan bahasa inggeris. Dan pada petangnya kita semua bersiap2 pindah ke rumsis sebenar. Bagi aku sendiri la kan, pertama kali tengok rumsis saidina aku ingat tu rumah hantu. (Hhahah jahatnye aku?) tapi sekarang alhamdulillah dah lawa rumsis belakang tu..

  Pada keesokan harinya iaitu 26/6/10, kita menjalani satu lagi orientasi, tapi di fakulti masing-masing la. Bagi FIPP program tu dinamakan Sesi Suai Kenal (SSK) fakulti lain tu x tau la. SSK tersebut berjalan selama 2 hari. Dan selama dua hari itu juga kita mencuba saling mengenali kawan-kawan yang sama fakulti dan pada malamnya saling kenal untuk ahli rumah pula. Semua program yang dijalankan oleh semua senior selama seminggu itu sangat berkesan dan memberi banyak pengajaran serta kenangan untuk kita semua.

  28/6/10 hari pertama untuk sesi pembelajaran. Masih ingat lagi ( ne FIPP la ea) pagi isnin itu kami semester 1 dibahagikan kepada bebarapa kumpulan dan di kumpulkan dalam satu kelas yang telah ditetapkan. Pagi itu kami diberi penerangan bagi pemerkahan untuk subjek yang kita ambil. Sejujurnya bagi aku sendiri pada masa itu aku x faham apa2 pon, yang aku tau pemarkahannya dah x same dengan kat sekolah dulu (hahahah) alhamdulillah lame2 aku faham juga pasal pemarkahan tu. Selepas itu, berjumpa dengan mentor masing2 . pada sebelah petang pula kita perlu mendaftar subjek. DAFTAR SUBJEK? Bab ne lah yang mesti ingat ye...(hahah) dengan x tahu apa2 kita perlu ke hulu ke hilir mencari pensyarah berkenaan untuk minta tanda tangan. Yang lagi kesian ade yang perlu mencari pensyarah ke fakulti lain. Cube lah bayangkan macam mana lah mase tu kan? Dahlah nak cari pensyarah kat fakulti sendiri pun terkial-kial apalagi perlu ke fakulti lain...allah je lah yang tahu...tapi aku rase budak sem1 selepas kita xde pula nak minta tanda tngan macam kita dulu? Mungkin bende 2 x relevan kot? Hehhehe( menandai je aku kn?).

  Semenjak hari itu, bermula lah segalanya diman kita perlu melaksanakan tanggungjawab kita sebagai seorang mahasiswa/i KUIM. Pelbagai peristiwa yang berlaku selama kita masih bergelar mahasiswa/i KUIM. Suka duka perlu dihadapi, tapi kita tidak akan mampu untuk menghadapinya sendiri, itulah sebabnya kenapa kita memerlukan sahabat. Sahabat adalah keluarga kedua kita apabila kita berjauhan daripada keluarga sebenar.

ok lah hanya ini yang mampu aku tulis..saje untuk mengingat kembali mase mule2 bergelar mahasiswa/i...salah silap, harap dimaafkan. 



Saturday 1 September 2012

15 perkara


BERLAKU 15 PERKARA YANG MENYEBABKAN BALA

Kita boleh rujuk kejadian itu dengan hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Bokhori, bermaksud: “ apabila umatku melakukan 15 perkara, maka terbukalah pada mereka bala yang menimpa. Apabila ditanya apakah bala itu ya Rasulullah, baginda menjawab :

1.    Apabila harta negara menjadi hak milik tertentu sahaja.

2.    Apabila amanah yang dipertanggungjawabkan dilihat sebagai peluang memdapat keuntungan


3.    Membayar zakat dianggap kerugian

4.    Lelaki taat kepada isteri dan menderhaka kepada ibu.

5.    Seseorang itu memuliakan kawan dan bapanya dianggap hina

6.    Berlaku suara hingar-bingar didalam masjid (merebutkan kuasa dan jawatan)

7.    Orang yang menjadi pemimpin terdiri daripada manusia yang hina dan jahat ( kaki zina, rompakan, atau rasuah)

8.    Seseorang itu dimuliakan kerana takut kerana kejahatan yang dilakukannya.

9.    Ramai yang meminum arak (orang islam tidak segan silu lagi mengiklankan arak seolah-olah ia bukan lagi satu dosa)

10. Ramai lelaki yang memakai sutera termasuk tali leher

11. Munculnya ramai penyanyi wanita yang diiringi musik yang mengasikkan

12. Orang yang terkemudian mengutuk umat yang lalu

13. Banyaknya berlaku perzinaan

14. Terangkatnya ilmu pengetahuan agama dan syariah dan banyaknya kejahilan

15. Lelaki berlagak seperti perempuan manakala perempuan berlagak seperti lelaki.

Jika 15 perkara ini satu suasan panas atau gerhana berat akan berlaku atau satu gegaran besar akan berlaku.

ne lagi satu yag saye copy dari majalah sekolah SMKTM..penulisnye orang yang same iaitu abang azam johari.. 

Friday 31 August 2012

10 jenis orang islam yang kejam


10 JENIS ORANG ISLAM YANG KEJAM

Elakkan lah dari berada dalam 10 golongan ini. Sufyan Atsuri berkata: “10 macam daripada kekejaman ialah”:

1.    Seseorang yang berdoa untuk dirina sendiri dan tidak mendoakan untuk anak-anaknya dan kaum mukminin.

2.    Seseorang yang pandai membaca Al-Quran tetapi tiap harinya tidak membaca seratus 
ayat.

3.    Seseorang yang masuk masjid lalu keluar dan tidak sembahyang dua rakaat.

4.    Seseorang yang berjalan melalui kuburan kemudian tidak memberi salam dan mendoakan ahli kubur.

5.    Seseorang yang sampai di suatu kota pada hari jumaat kemudian tidak sembahyang jemaah.

6.    Seseorang yang didaerahnya didatangi oleh seorang alim, tiba-tiba tidak mahu belajar apa-apa daripadanya.

7.    Dua orang kawan yang bertemu di perjalanan dan masing-masing tidak menanyakan nama kawannya.

8.    Seseorang diundang pada jamuan tiba-tiba tidak datang

9.    Pemuda yang tidak ada kerja dan tidak mahu belajar ilmu dan kesopanan.

10. Seseorag yang kenyang sedang dia tahu bahawa tetangganya lapar tetapi tidak diberi dari makananya.

sume ne saya copy dari majalah sekolah SMK TUN MUTAHIR (sekolah sye lah), yang ditulis oleh abang azam johari merangkap editor majalah( x ingat apa nama majalah 2) th 2008...
semoge bergune untuk kite semua..

Thursday 12 July 2012


PANDUAN LATIHAN INDUSTRI (KUIM)

Pengenalan

Latihan Industri merupakan keperluan kursus bagi Fakulti Inovasi Perniagaan dan Perakaunan.  Pelajar-pelajar Diploma Perakaunan, Diploma Kewangan, Diploma Pemasaran dan Diploma Sistem Maklumat Perniagaan semester 5, diwajibkan menjalani Latihan Industri bagi memenuhi syarat-syarat dalam kursus untuk mendapatkan Diploma.

Pelajar-pelajar akan menjalani Latihan Industri selama 16 minggu bagi pelajar Diploma Perakaunan, manakala 8 minggu bagi pelajar Diploma Kewangan, Diploma Pemasaran dan Diploma Sistem Maklumat Perniagaan di organisasi sektor awam dan swasta.

Objektif

1.      Membolehkan pelajar mendapat pengalaman latihan sesuai dengan kursus.
2.      Memberikan gambaran tentang kerjaya pelajar di masa hadapan.
3.      Memberikan peluang yang lebih baik kepada pelajar bagi mendapatkan pekerjaan selepas tamat pengajian.
4.      Membolehkan pelajar melihat realiti alam pekerjaan.
5.      Membolehkan pelajar memberikan sumbangan dalam membantu organisasi mencapai kecekapan.

Garis Panduan Pemilihan Tempat Latihan Industri

Pemilihan tempat yang sesuai amat penting bagi mendapatkan manfaat sepenuhnya daripada Latihan Industri.  Jika pelajar berminat untuk menjalani Latihan Industri di agensi-agensi kerajaan, samada di peringkat persekutuan, negeri dan daerah, pelajar perlu memastikan agensi-agensi tersebut mempunyai jabatan-jabatan yang cukup besar dan jumlah kakitangan yang memadai dalam agensi tersebut.  Sementara pilihan terhadap organisasi swasta mestilah menunjukkan organisasi tersebut sudah stabil, mempunyai tugasan yang sesuai dengan kursus dan dapat memberi peluang kepada pelajar menimba pengetahuan.

Ciri kedua-dua tempat Latihan Industri samada di sektor awam atau swasta amat penting bagi memberi keyakinan bahawa organisasi tersebut mampu memberikan latihan dan pendedahan yang sesuai kepada pelatih.  Ciri-ciri organisasi yang sesuai bagi menjalani Latihan Industri adalah seperti berikut :-

§  Agensi kerajaan yang mempunyai jabatan.
§  Agensi / organisasi menjalankan fungsi selaras dengan keperluan kursus.
§  Kakitangan melebihi daripada 15 orang.
§  Agensi / organisasi yang diminati oleh pelajar untuk bekerja dengannya di masa akan datang.
§  Organisasi yang mempunyai pencapaian cemerlang.
§  Organisasi yang komited dan memberi peluang kepada pelajar untuk menimba ilmu dan pengalaman.


Kejayaan pelajar mendapatkan tempat Latihan Industri perlu disusuli dengan perhatian yang rapi terhadap tugasan yang diamanahkan oleh organisasi.  Perkara dibawah boleh membantu pelajar untuk memastikan masa mereka di organisasi dimanfaatkan sebaik mungkin.  Ini amat perlu memandangkan pelajar mungkin diletakkan di satu jabatan sahaja atau digilirkan kepada beberapa jabatan di organisasi.  Berikut adalah antara tugasan yang boleh dilakukan oleh pelajar :

BIL.
BAHAGIAN
JENIS TUGASAN

1
Perkhidmatan
§  Proses cuti
§  Proses persaraan
§  Perundangan berkaitan dengan hal ehwal pekerjaan
§  Proses tindakan tatatertib
§  Proses kenaikan pangkat.
2
Pentadbiran
§  Pentadbiran pejabat
§  Pengurusan fail
§  Proses aliran kerja
3
Kewangan
§  Merekod aliran wang
§  Proses belanjawan
§  Audit
§  Penyediaan laporan kewangan
4
Kakitangan
§  Proses pengambilan dan perlantikan kakitangan
§  Temuduga kakitangan
§  Latihan kakitangan
5
Mesyuarat
§  Urusan persiapan dan perjalanan mesyuarat
§  Menyediakan minit mesyuarat
§  Surat-menyurat panggilan mesyuarat
§  Pengendalian mesyuarat
6
Perkhidmatan Kaunter
§  Etika perkhidmatan kaunter
§  Pentadbiran kaunter
7
Pemprosesan data
§  Pentadbiran unit komputer
§  Program-program komputer
8
Pemasaran
§  Pengendalian klien
§  Pengendalian promosi
§  Pengendalian iklan
9
Unit Kaunseling
§  Pendaftaran klien
§  Pengendalian klien
§  Memberi bimbingan dan kaunseling
§  Seliaan lanjutan



BIL.
BAHAGIAN
JENIS TUGASAN

10
Kerja luar
§  Lawatan ke tempat operasi
§  Lawatan ke tapak projek
§  Penyelidikan
§  Pengurusan program-program organisasi
11
Perhubungan Awam
§  Pengendalian majlis
§  Urusan protocol
§  Urusan dengan permintaan umum/ orang awam.
12
Lain-lain yang difikirkan perlu



Tindakan Pelajar Dalam Menentukan Keberkesanan Latihan Industri

Langkah-langkah yang boleh diambil oleh pelajar bagi memastikan Latihan Industri berjalan dengan lancar dan berkesan.

§  Menjalani latihan dengan hati yang terbuka.
§  Sentiasa mematuhi arahan dari pihak majikan.
§  Sentiasa mematuhi etika dan arahan kerja.
§  Bertanya jika ada kemusykilan.
§  Menjaga tatatertib dan sopan santun dan rupa diri sebagai pelajar.
§  Menghormati orang lain.
§  Menjaga harta benda majikan dengan baik dan tidak disalahgunakan.
§  Bersedia membantu mana-mana pihak yang memerlukan pertolongan.
§  Memahami keperluan Latihan Industri dan keperluan majikan.
§  Berusaha, berdedikasi, ikhlas dan bertanggungjawab.

Umum

Pelajar yang akan menjalani Latihan Industri dikehendaki :-

1.                  Mematuhi segala peraturan Latihan Industri yang telah ditetapkan oleh Kolej.  Sekiranya didapati ada pelajar yang melanggar peraturan tersebut mereka boleh dikenakan tindakan tatatertib.  (Lampiran LI /1- Peraturan dan syarat-syarat Latihan Industri).

2.                  Memilih sendiri syarikat/firma untuk latihan industry dengan mengisi borang LI /2


3.                  Menyediakan satu buku log.  Pelajar dikehendaki membuat laporan kerja harian di dalam buku berkenaan dan disahkan oleh penyelia yang mengawasi latihan di mana mereka ditempatkan.

4.                  Menunjukkan pengesahan diri pelajar serta menyerahkan borang LI/3 Laporan Kemajuan  Latihan Industri Pelajar KUIM kepada majikan.  Majikan diminta mengisi borang tersebut dan dikembalikan terus ke Penyelaras Latihan Industri Fakulti Inovasi Perniagaan dan Perakaunan (selewat-lewatnya) satu (1) minggu selepas tamat Latihan Industri ).

Borang-borang Yang Digunakan Bagi Latihan Industri

1.         Borang Permohonan Latihan Industri (LI /1)
            Borang ini perlu diisi oleh pelajar untuk penempatan  latihan industri.

2.         Borang Maklumat Pelatih Industri (LI /2)
            Borang ini perlu diisi dan dihantar semula kepada Penyelaras Latihan Industri selewat-         lewatnya seminggu selepas melaporkan diri.

3.         Borang Laporan Kemajuan Latihan Industri Pelajar (LI / 3)
            Borang ini diberikan kepada semua pelajar yang akan menjalani Latihan Industri.  Borang ini hendaklah diserahkan kepada penyelia untuk diisi dan seterusnya penyelia akan menghantar borang ini kepada Penyelaras Latihan Industri untuk dibuat penilaian.

4.         Buku Log Latihan Industri

                        Buku ini adalah seperti catatan harian mengenai tugas semasa Latihan Industri dengan diawasi oleh penyelia.  Buku ini hendaklah diserahkan kepada Penyelaras Latihan Industri selewat-lewatnya dua minggu setelah tamat Latihan Industri untuk dinilai.  Buku ini akan diserahkan semula kepada pelajar untuk rujukan dan simpanan seterusnya.

Penulisan Buku Log

Setiap pelajar yang menjalani Latihan Industri perlu mencatatkan segala tugasan yang dilakukan di dalam buku log.  Catatan yang jelas ke dalam buku log adalah penting melibatkan 10 % daripada penilaian program Latihan Industri.  Contoh catatan buku log adalah seperti berikut :-

TARIKH
TUGASAN YANG DILAKUKAN

CATATAN
PENYELIA
5.5.2002
(pagi)

Bertugas di Bahagian Perkhidmatan

1. Merekodkan cuti pekerja di dalam Buku Rekod Perkhidmatan.
2. Merekod kenaikan gaji pekerja di dalam Buku
    Rekod Perkidmatan Kerajaan.


(petang)
1.  Berbincang dengan penyelia berkaitan proses
     tindakan tatatertib.
2.  Diarahkan membaca Perintah Am berkaitan
     tatatertib.
Tandatangan Penyelia (sekurang-kurangnya seminggu sekali).

Penutup

Garisan panduan ini diberikan kepada semua pelajar yang akan menjalani Latihan Industri supaya pelajar tahu tatacara dan borang-borang yang diperlukan dalam kursus ini.


PERATURAN DAN SYARAT-SYARAT LATIHAN INDUSTRI


1.                  Seseorang pelajar hendaklah menumpukan sepenuh masa, perhatian, tenaga dan keupayaan kepada program Latihan Industri.

2.                  Seseorang pelajar hendaklah patuh dan taat kepada Penyelia Latihan Industri atau Penyelia-penyelia (yang selepas ini dirujuk sebagai ‘Penyelia’ ) yang berkaitan dengan program latihan.

3.                  Seseorang pelajar dikehendaki hadir pada setiap masa samada waktu urusniaga atau waktu kerja biasa kecuali tidak dapat berbuat demikian disebabkan oleh sakit, kemalangan atau sebab-sebab lain yang tidak dapat dielakkan.  Walau bagaimanapun, ia mestilah memberitahu Penyelia dan Penyelaras Latihan Industri di Kolej terlebih dahulu dan memberikan keterangan bertulis sebagai bukti seperti yang mereka kehendaki.

4.                  Seseorang pelajar tidak boleh membocorkan atau memberi sebarang maklumat berhubung dengan pihak yang menyediakan kemudahan latihan atau sebarang perkara mengenai urusniaga pihak tersebut atau pelanggan-pelanggannya atau maklumat-maklumat lain yang diperolehi semasa menjalani latihan tersebut ataupun sesudahnya.

5.                  Pelajar berkenaan tidak boleh dengan sengaja merosakkan atau menyalahgunakan sebarang harta kepunyaan organisasi yang memberikannya latihan.

6.                  Seseorang pelajar yang menerima sebarang pembayaran wang dari organisasi latihan hendaklah melaporkan perkara ini kepada Ketua Penyelaras Latihan Industri.

 siap2 utk praktikal la mief...:)